• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Kata Khairy Paling Layak Jadi Presiden FAM

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Antara mereka yang telah di calonkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah calon yang paling layak.”

Itu pandangan ikhlas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung calon yang layak memegang jawatan `panas’ itu walaupun beliau turut tercalon.

Menurut beliau, Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan bukan saja orang yang dipertanggungjawabkan memajukan sukan negara, tetapi berpengalaman mengendalikan pasukan MYTeam dan pernah menjadi Timbalan Presiden FAM.

Justeru, beliau menyifatkan pencalonan beliau untuk menjadi Presiden FAM tidak lagi releven apabila Khairy sudi menerima pencalonan ke atas dirinya bagi mengisi jawatan berkenaan.

“Khairy sebagai orang yang diamanahkan menggarap aspirasi generasi muda ke arah Pelan Transformasi Nasional 2050 (T50) diharap dapat turut memasukkan aspirasi penyokong bola sepak Malaysia yang mahu melihat Malaysia sekurang-kurangnya Top 100 Nation (sepatutnya Top 50) dalam arena bola sepak.

“Untuk itu diharap Khairy dapat memperluaskan pelan induk pembangunan bola sepak negara kepada satu `blueprint’ komprehensif 30 tahun yang mampu merubah `DNA’ bola sepak Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Khairy dan Annuar, dua lagi tokoh yang dicalonkan bagi mengisi jawatan Presiden FAM ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

Jawatan itu dipertandingkan ekoran penyandangnya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan hasrat melepaskan jawatan itu sejak dua tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMKAFAKhairy JamaluddinPresiden FAMTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hong Kong Pulangkan Kereta Perisai Singapura

Next Post

Annuar Sedia Tarik Diri Sekiranya Khairy Bertanding

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Annuar Sedia Tarik Diri Sekiranya Khairy Bertanding

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd