KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan lancar di semua laluan utara dan selatan lebuh raya utama setakat 10 pagi ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik dijangka terkawal dan lancar sepanjang hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dilaporkan lancar pada pagi ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA