• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aku Janji Diteruskan Jika Rakyat Terus Sokong Kerajaan

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan membantu merealisasikan akujanji yang dibuat kerajaan negeri semasa dipimpin Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sarawak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg seperti mana diberikan kepada Adenan.

“Saya harap jasa-jasa beliau dalam pembangunan Sarawak khususnya dalam menterjemah semua akujanji dalam pilihan raya negeri yang lalu akan dapat kita penuhi terutamanya oleh Datuk Amar Abang Johari.

“Saya akan membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk merealisasikan semua akujanji terutama sekali melibatkan peruntukan yang disalurkan kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi pusara Adenan di tanah perkuburan Islam Samariang di Petra Jaya dekat Kuching hari ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam dan turut sama membaca tahlil yang dipimpin pemangku Imam Besar Negeri Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Ahmad Zahid juga berkata beliau mahu sokongan serta dokongan diberikan kepada Abang Johari untuk memimpin bagi membangunkan Sarawak.

“Kita memberikan dokongan kepada Abang Johari sebagaimana dokongan yang diberikan kepada Allahyarham.

“Dan kita ketepikan perbedaan antara kita, kita perlu bergerak ke hadapan, kita perlu bekerjasama bagi membangunkan Sarawak, bukan sahaja di kalangan anggota parti komponen Barisan Nasional di Sarawak. Saya menggesa semua parti selain BN untuk bekerjasama bagi membangunkan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau hanya dapat menziarahi pusara Allahyarham pada hari ini kerana sewaktu Adenan meninggal dunia, beliau melakukan lawatan kerja ke China.

“Namun, saya telah dapat bercakap dengan Puan Sri Jamilah Anu untuk memberikan ucapan takziah saya dan keluarga kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

Sebaik selesai bacaan tahlil, Ahmad Zahid menabur bunga serta menjirus air mawar di pusara Adenan sebelum bergerak ke Damai Jaya di Santubong untuk solat Maghrib, majlis tahlil serta solat Isyak. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd