Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Penyakit Kulit Mengelupas Tak...

KETIKA zaman kecilnya, dia langsung tidak memiliki keyakinan diri, sering dibuli dan dipinggirkan akibat...

“Masyarakat Perlu Sedar Kuasa...

TEKNOLOGI ibarat rakan baik kepada semua manusia pada masa kini dengan mempunyai pelbagai...

Kelantan Larang Penyokong Pelawat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi peringatan kepada penyokong pasukan...

Anak Kelantan Gesa Polis...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Anak Kelantan Prihatin menggesa polis menyiasat seorang artis, Ariz...

AirAsia X Dibenarkan Terbang Ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk menjalankan penerbangan terus ke Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus menjadikan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan tambang rendah Asia pertama yang memperoleh kelulusan untuk mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun berkata kelulusan tersebut membolehkan syarikat penerbangan jarak jauh sekutu AirAsia itu mengendalikan perkhidmatan ke mana-mana destinasi di AS.

“Ini merupakan pencapaian besar bagi AirAsia X.

“Sehingga kini, perluasan syarikat menumpukan Asia, Australasia serta Asia Barat, dan kami gembira dengan penglibatan pertama ke dalam pasaran baharu sepenuhnya itu seiring dengan visi kami yang menjangkaui Asia Pasifik,” katanya dalam kenyataan.


Syarikat berkenaan kini mempertimbangkan penerbangan ke beberapa negeri di AS, termasuk Hawaii, sebagai sebahagian daripada pelan penambahan laluannya. – BERNAMA

Kategori