• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

828 Saman Dalam Operasi JPJ Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Pulau Pinang bermula 24 Dis lepas.

Pengarah JPJ Negeri Noorul Habib Abdul Guduse berkata sepanjang operasi yang berakhir awal pagi tadi itu, sebanyak 3,847 kenderaan termasuk 2,000 motosikal diperiksa.

“Sebanyak 51 motosikal disita dan saman yang dikeluarkan adalah atas pelbagai kesalahan menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, dua lelaki yang merupakan penunggang motosikal turut ditahan kerana positif dadah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi itu di Jambatan Pulau Pinang di sini, tengah malam tadi.

Operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Noorul Habib berkata sepanjang operasi sama 123 bas ekspres diperiksa dan terdapat 14 saman (notis P22) serta Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) dikeluarkan ke atas kenderaan berkenaan.

Katanya pemeriksaan ke atas bas ekspres dan pemandunya akan diteruskan terutama di terminal bas di negeri itu bagi memastikan mereka mengikut peraturan ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata JPJ Pulau Pinang juga pada kali ini turut melaksanakan Op Khas Motosikal dalam usaha mengesan penunggang motosikal yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Bagi yang berkonvoi menunggang motosikal perlu membawa secara berhemah supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd