• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Menculik Akauntan

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang akauntan wanita, awal bulan ini.

Jurujual kereta Mohamad Faiezal Ibrahim, 39; kontraktor Romzi Zakaria, 42; jurukimpal Radzuan Latif, 46; mekanik Mohd Azman Yacob, 53; jurukimpal Mohamad Azhar Ab.Halim, 33; peniaga Darryl Haqimi Tan, 42; pengurus jualan Yeoh Eng Lee, 39; dan Ahmad Ibrahim Omar, 61; membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mereka yang tidak diwakili peguam dituduh menculik dengan niat hendak mengurung wanita berumur 25 tahun itu dengan sulit dan salah di Setapak Sentral, Wangsa Maju di sini, pada 10.20 pagi, 9 Jan 2017.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu mereka dilarang menganggu mangsa dan saksi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap mereka mengambil kira keseriusan jenayah culik itu selain syarat tambahan iaitu mereka tidak boleh menganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah menetapkan 17 Feb untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd