• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Penunggang Motosikal Ditahan Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Tiga penunggang motosikal ditahan selepas positif ujian dadah dalam operasi sekatan jalan raya sempena tahun baharu di Jalan Mempisang, Seri Manjung di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung, Sharuddin Abdul Salam berkata semua mereka ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas menyambut ambang tahun baharu di Teluk Batik.

Katanya dalam operasi bersepadu yang bermula pukul 11 malam itu seramai 20 individu terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal telah diperiksa.

“Tiga individu yang ditahan berusia antara 30-an hingga 40-an itu menunjukkan mereka positif dadah dan ganja dalam ujian air kencing yang dilakukan.

“Sebelum itu, semua mereka menunggang laju seolah-olah mahu berlumba sehingga tidak menyedari sekatan jalan dan cuba melarikan diri, namun tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Operasi berkenaan yang berakhir pada pukul 3 pagi itu turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Malaysia. – BERNAMA

Tags: dadahmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd