• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Ditahan Kerana Memiliki Dadah

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Polis menahan seorang pengedar dadah bersama dua rakannya dalam dua serbuan berasingan di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pengedar dadah berumur 45 tahun itu berasal dari Kuala Kurau, dipercayai baharu beberapa bulan bebas daripada penjara ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai, Kuala Kurau.

“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Pantai, Kuala Kurau dan menahan pengedar dadah itu di dalam sebuah bilik.

Polis merampas 14 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 11.3 gram dan satu peket plastik berisi ganja seberat 7.7 gram,” katanya pada sidang media di Balai Polis Simpang Lima sempena majlis penyerahan tugas Ketua Polis Balai Tanjung Piandang yang baharu kepada Sarjan Mejar Mohd Zulkifli Karim daripada pemangku jawatan itu, Sarjan Mohd Yusof Mohd Yassin.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah mengadakan dua serbuan berasingan di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang antara pukul 8.30 hingga 10.30 malam.

Susulan itu, Omar Bakhtiar berkata serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan menahan dua lelaki serta merampas empat peket plastik lutsinar berisi heroin seberat 106.7 gram.

“Kesemua suspek ditangkap berusia lingkungan 33 hingga 45 tahun dan polis percaya mereka baharu memulakan aktiviti pengedaran dadah sekitar kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang sejak tiga bulan lalu, setelah suspek utama keluar daripada penjara.

Kesemua suspek didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan dadah, penagih tegar dan mengedar kecil-kecilan di kawasan kampung masing-masing,” katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai memperolehi bekalan dadah itu dari kawasan negeri bersempadan dengan mendapatkan dadah jenis heroin pada harga RM1,700 bagi 115 gram dan ia mampu dijual dengan harga pasaran mencecah RM4,000 hingga RM6,000.

“Bagi bekalan dadah jenis syabu pula, suspek memperolehinya dengan harga RM1,300 bagi 12 gram dan dijual di pasaran antara RM2,000 hingga RM4,000,” katanya.

Menurut Omar Bakhtiar, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) , Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, penangkapan tiga suspek itu adalah hasil kerjasama dan maklumat awam di samping inisiatif risikan.

Beliau juga mahu usaha membendung pengedaran dan penyalahgunaan dadah ditingkatkan di seluruh daerah itu pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: ditahankes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd