Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Bekas Pegawai Polis Tarik...

PETALING JAYA - Bekas ketua bahagian perundangan polis, Mokhtar Mohd Noor menarik diri...

Daesh Tiada Wang, Kenakan...

KUMPULAN militan Daesh kini semakin miskin hinggakan mereka terpaksa membuat wang dengan mengenakan...

Anifah Ke Brunei Rundingan...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan kerja ke...

Virus Zika: Gabenor Florida...

TAMPA, Florida - Gabenor Florida, Rick Scott mengisytiharkan darurat kesihatan awam di empat...

3 Lagi Individu Ditahan, Ada Kaitan Militan Daesh

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan militan Daesh di Pahang dan ibu negara.

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menangkap dua daripada mereka di Kuantan, Pahang, pada Jumaat dan seorang lagi di Kuala Lumpur Ahad lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek pertama adalah warga Indonesia berumur 37 tahun pemastautin tetap Malaysia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia Airlines Berhad.

Beliau berkata suspek berlepas ke Turki pada 2013 dan mempunyai hubungan dengan rakyat negara ini yang menganggotai Daesh di Syria.

“Siasatan polis mendapati suspek merancang untuk membawa isterinya ke Syria untuk menyertai Daesh. Polis merampas senjata angin jenis ‘AirSoft’ serta tiga buah buku berjilid ‘Tarbiyah Jihadiyyah’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek kedua berusia 32 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta.

Dia disyaki anggota kumpulan Daesh yang berhasrat menyertai kumpulan berkenaan di Syria. Polis merampas senjata api jenis ‘Shotgun Trusty PM4’, kata Khalid.


Suspek yang ditahan di Kuala Lumpur pula berumur 38 tahun dan tidak bekerja.

Khalid berkata siasatan mendapati suspek itu mengaku menyokong Daesh dan membuat ugutan melancarkan serangan bom ke atas Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang didakwanya tidak mengikut syariat Islam.

“Sebelum itu, suspek melalui akaun Facebooknya pernah membuat ugutan bunuh dan mengugut akan melancarkan serangan bom di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Khalid berkata kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012. – BERNAMA

Kategori