• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Sekolah Di Pahang Ditutup Esok Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 20 sekolah di Pahang akan ditutup sehari esok berikutan banjir, kata Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan sekolah di daerah Pekan, Maran dan Bera yang membabitkan 4,087 pelajar dan guru berikutan kawasan sekolah serta laluan utama ke situ telah dinaiki air.

Rosdi berkata 13 sekolah akan ditutup di Pekan diikuti masing-masing enam dan satu di Maran dan Bera.

Katanya sekolah terlibat di Pekan ialah SMK Paloh Hinai, SK Paloh Hinai, SK Padang Rumbia, SK Kampung Aceh, SK Pulau Rusa, SK Tanjung Medang, SK Belimbing, SK Serambi, SK Temai, SK Mambang, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Kincir.

“Enam sekolah di Maran ialah SK Paya Pasir, SK Serengkam, SK Pesagi, SK Kuala Wau, SK Kertau dan SK Chenor manakala bagi daerah Bera, hanya SMK Mengkarak ditutup,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberitahuan mengenai penutupan sekolah itu telah dimaklumkan kepada penjaga pelajar manakala pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, Rosdi berkata 21 sekolah turut dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara yang melibatkan lima daerah iaitu Temerloh, Bera, Pekan, Maran dan Rompin.

“Sekolah yang dijadikan pusat pemindahan masih beroperasi seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd