• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,596 Mangsa Banjir Di Tujuh Daerah Di Pahang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini, mencatatkan peningkatan ketara dengan 1,596 orang daripada 424 keluarga berbanding 352 mangsa daripada 93 keluarga tengah malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata sehingga 8 pagi ini, 43 pusat pemindahan sementara dibuka di tujuh daerah yang dilanda banjir di negeri ini.

“Selain Jerantut, Lipis, Raub, empat daerah lain iaitu Rompin, Kuantan, Maran dan Pekan juga terjejas dengan banjir kali ini.

“Daerah paling ramai yang mencatatkan mangsa pemindahan adalah Maran membabitkan 411 orang daripada 120 keluarga, diikuti Pekan dengan 324 orang daripada 73 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ia diikuti daerah Kuantan (277 orang daripada 77 keluarga), Raub (213 mangsa daripada 61 keluarga), Rompin (143 mangsa daripada 36 keluarga), Jerantut (120 mangsa daripada 30 keluarga dan Lipis (108 mangsa daripada 27 keluarga).

Sementara itu Raub merekodkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang paling banyak dibuka setakat ini iaitu 11 pusat, diikuti Maran (sembilan), Kuantan, Lipis, Jerantut dan Pekan, masing-masing lima PPS, manakala Rompin hanya tiga PPS dibuka.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat banjir setakat ini. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd