• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Jalan Di Johor Masih Ditutup Kerana Dinaiki Air

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebelas batang jalan di empat daerah di Johor masih terputus hubungan berikutan banjir setakat 12 tengah hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata daerah terlibat ialah Segamat, Kluang, Muar dan Pontian.

“Di Segamat, enam jalan ditutup iaitu sebahagian Jalan Jabi ke Bukit Tempurung, sebahagian jalan ke Felda Redong, Jalan Tunku 3 Kampung Tengah, Jalan Kampung Melayu ke Kip Mart, Jalan Pogoh/Tekam dan Jalan Kuala Payang ke Balai Badang.

“Di Kluang, tiga jalan terjejas iaitu membabitkan jalan kampung Orang Asli Berasan, Sedohok dan Air Pasir/Kuala Sengka, manakala di Muar melibatkan sebahagian Jalan Muar ke Labis,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ayub berkata walaupun Pontian tidak terjejas banjir, sebatang jalan ditutup berikutan jambatan di Kampung Sungai Pinggan runtuh pada 24 Jan lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat 10 pagi ini, lima daerah yang terjejas banjir merekodkan 8,120 mangsa daripada 2,270 keluarga yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

“Di Segamat, jumlah mangsa terkini ialah 6,217 orang daripada 1,782 keluarga yang ditempatkan di 54 pusat pemindahan, Tangkak menyaksikan 1,534 mangsa merangkumi 392 keluarga di 12 pusat pemindahan, Kluang mencatat 195 mangsa daripada 51 keluarga di empat pusat pemindahan, dan Muar dengan 174 mangsa melibatatkan 45 keluarga di dua pusat pemindahan,” katanya.

Pusat pemindahan di Johor Bahru, Mersing, Batu Pahat dan Kota Tinggi telah ditutup sepenuhnya manakala daerah Kulai dan Pontian tidak terjejas banjir.

Selain itu, di Segamat dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Kebangsan Kampung Tengah, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd