• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Dukacita Kejadian Pesawat TUDM Terhempas

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita dengan insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pulau Pinang petang ini.

Dalam catatan di akaun Twitternya, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut meminta anggota keluarga mangsa yang terlibat agar bersabar menempuhi saat-saat yang menyedihkan itu.

“Saya amat berdukacita yang mendalam atas kemalangan pesawat TUDM dan kematian pilot (juruterbang) serta kecederaan. Semoga keluarga bersabar,” katanya.

Dalam kejadian pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera.

Sehingga kini, identiti kesemua mangsa yang terlibat masih belum disahkan.

Sumber polis berkata mayat juruterbang itu dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya. – BERNAMA

Tags: Pesawat TerhempasTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd