Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Video: Bila Ibuku Pandai...

MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak gelombang ‘Hallyu...

Bagaimana Teknologi GPR Bantu...

KUALA LUMPUR : Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) melalui Agensi Nuklear Malaysia telah...

Terengganu Kemas Kini Jumlah...

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang mengemas kini jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam...

KPN Desak Henti Isu...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agar semua pihak menghentikan...

Wartawan Wanita Terima Panggilan Ugutan Bom

KOTA BHARU – Risau dengan panggilan ugutan bom yang diterima daripada individu tidak dikenali, seorang wartawan wanita di sini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 9 malam tadi.

Wartawan media cetak berusia 36 tahun itu berkata beliau sedang membuat liputan mengenai satu kes lemas di Badang di sini, sebelum menerima panggilan telefon daripada lelaki itu pada 5.50 petang semalam.

Katanya ugutan itu dibuat selepas suspek dipercayai marah susulan laporan berita mengenai ancaman bom di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa yang ditulisnya pada Rabu lepas dan disiarkan akhbar semalam.

“Individu yang membuat panggilan itu membuat ugutan bertanya ‘adakah awak yang buat liputan mengenai ugutan bom ke atas LTSIP? Jangan main-main dengan saya…nanti saya bom.”

“Nombor telefon yang digunakan dipercayai dari sebuah pondok telefon awam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori