Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Muhammad V Lafaz...

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang...

Curi Pisau Cukur Dan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pisau cukur dan coklat Cadbury di sebuah pasaraya,...

‘Kentut’ Berjaya Tukar Nama...

TIDAK boleh dinafikan, antara keputusan yang paling sukar bagi setiap ibu bapa ketika...

Mia Ahmad Tak Setuju...

WALAUPUN berkawan baik dengan Uqasha Senrose, pelakon Mia Ahmad memberitahu bahawa dia tetap merasakan...

Warga Kota Teruja MRT Fasa 1 Bakal Beroperasi Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Warga Lembah Klang terutama di ibu kota akan mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan awam apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 1 laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) mula beroperasi Jumaat ini.

Meskipun projek fasa satu itu hanya melibatkan 12 stesen dari Sungai Buloh ke Semantan di Damansara, ramai warga kota begitu teruja menanti kehadiran perkhidmatan tren terbaru itu, terutama pengguna tetap pengangkutan awam.

Rata-ratanya berpendapat perkhidmatan MRT memberikan satu lagi alternatif atau pilihan baharu pengangkutan awam sebagai tambahan kepada LRT, Komuter, Monorail dan bas.

Ini akan menjimatkan masa perjalanan mereka ke destinasi.

Pereka Grafik, Arief Irsyad Mohd Yusoff, 27, berkata pembukaan MRT Sungai Buloh ke Semantan menambah lagi satu kemudahan pengangkutan kepada golongan pekerja, terutama yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam.

“Ia memudahkan perjalanan saya untuk ke lokasi-lokasi seperti Damansara dan Bandar Utama yang tidak mempunyai pengangkutan awam.

“Ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk,” katanya kepada Bernama.

Pesara swasta Samsudin Jaafar, 63, berkata MRT merupakan salah satu sistem pengangkutan jangka panjang yang turut memberi faedah kepada generasi-generasi akan datang.

“Contohnya, bukan setakat warga emas seperti saya yang dapat menggunakannya, malah ia juga memudahkan anak-anak dan cucu-cucu saya dari zaman persekolahan hinggalah memasuki alam pekerjaan pun masih bergantung kepadanya untuk ke mana-mana,” katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Rawahah Mohd Fadil, 27, berharap pembukaan MRT dapat mengurangkan kesesakan orang ramai semasa menggunakan sistem pengangkutan awam lain seperti LRT, Monorail dan bas terutama pada waktu kemuncak.

“Selalunya apabila tiba waktu kemuncak, stesen-stesen LRT dan bas akan dipenuhi dengan orang ramai dan kadang kala terpaksa menunggu lama untuk ketibaan LRT atau bas seterusnya.


“Dengan adanya MRT Fasa 1, ia turut dapat menjimatkan masa perjalanan dan kesesakan orang ramai dapat dikurangkan di LRT ataupun hentian bas,” katanya.

Pegawai Eksekutif Bisnes, Jaafar Sidek Bahrudin, 43, berkata kemunculan sistem pengangkutan MRT turut dapat menjimatkan perbelanjaan harian warga kota dari segi penggunaan kenderaan persendirian.

“Selain dapat menjimatkan petrol dan tol, mereka turut dapat menjimatkan bayaran parkir kerana stesen-stesen MRT menawarkan kemudahan parkir yang jauh lebih murah harganya daripada yang lain.

“Ia dapat membantu merancang perjalanan kerana kebanyakan daripada kawasan di Lembah Klang akan mempunyai akses pengangkutan awam apabila MRT Fasa 1 dibuka kelak,” katanya.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi mulai 16 Dis 2016, meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Sebanyak 120 bas pengantara akan disediakan melalui 26 laluan sekitar 12 stesen itu.

Kira-kira 400,000 orang dianggarkan bakal menggunakan laluan MRT SBK setiap hari sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori