• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

oleh
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat dengan kain dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Kuala Gris, Dabong Kuala Krai.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu Rohani Musa, 60, ditemui oleh anak lelakinya berusia 35 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, sebelum kejadian anak mangsa dikatakan keluar dari rumah untuk menonton perlawanan bola sepak di kedai berhampiran pada 12.30 tengah malam.

Katanya, anak mangsa yang pulang ke rumah sejam kemudian mendapati pintu di bahagian dapur terbuka.

“Dia kemudian menemui ibunya terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan terikat di bahagian ruang tamu.

“Anak mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada jiran sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pagi tadi.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal jenis Yamaha RXZ di ruang tamu, barang kemas dan dompet mangsa turut hilang.

“Jiran mangsa yang ditemui memaklumkan ada ternampak dua lelaki menunggang motosikal dilihat berada berhampiran rumah mangsa sebelum kejadian.

“Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan sama ada mangsa dibunuh atau diklasifikasikan mati mengejut,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes samunwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd