Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Tiga Lelaki...

SEREMBAN - Tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur, yang tidak bersekolah lagi,...

Ular Sawa Batik 100Kg...

KUANTAN - Penduduk Kampung Pelindung Pantai di sini 'menerima tetamu tidak diundang' iaitu...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50...

2,125 Perusahaan Malaysia Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan sebanyak 2,125 organisasi perniagaan...

Wanita Baling Tuala Ke Muka Kakitangan Hotel Dikecam

IPOH – Perbuatan seorang pelanggan wanita membaling dua tuala ke muka pekerja kaunter pendaftaran Hotel Syeun di bandar raya ini Khamis lalu, dikecam netizen selepas klip video perbuatan itu viral di media sosial.

Klip video itu dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan, menunjukkan pelanggan terbabit bersama keluarganya turut dipercayai menyumbat beberapa tuala hotel ke dalam mangkuk tandas di bilik yang dihuni mereka.

Gambar tuala dalam mangkuk tandas turut disebarkan di media sosial. Kakitangan berkenaan berkata, kejadian berlaku ketika dia membantu kerja di kaunter pendaftaran, kira-kira jam 2.30 petang.

t

“Wanita itu secara tiba-tiba datang ke kaunter dan membaling dua tuala basah ke muka saya sambil membebel membuatkan saya terkejut.

Dia yang dipercayai tidak puas hati selepas permintaannya dan keluarga untuk mendapatkan tuala lebih tidak dilayan, kemudian terus beredar,” katanya.

Pekerja wanita berusia 50 tahun itu yang enggan namanya disiarkan, berkata pihak hotel tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan itu kerana keluarga berkenaan dijadual mendaftar keluar pada hari kejadian.


“Mereka juga sudah beberapa kali diberi tuala dan bantal tambahan selepas mendaftar masuk pada hari sebelumnya.

Semua barang yang diminta dan diberikan kepada keluarga berkenaan ada kami rekodkan.

“Memang saya terkejut dengan perbuatannya, tetapi secara peribadi saya memaafkannya kerana percaya Tuhan akan membalas perbuatan biadap itu,” katanya sambil mengakui kejadian itu yang pertama dialaminya sepanjang 24 tahun berkhidmat di hotel terbabit.

Sementara itu, Pengarah Hotel Syeun yang juga Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Perak, Maggie Ong, ketika ditemui berkata pihaknya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pelanggan terbabit.

“Saya juga akan mengambil tindakan menyenarai hitam pelanggan itu dari hotel ini serta akan menyalurkan maklumat mengenainya kepada Persatuan Hotel Malaysia Perak supaya mengambil tindakan sama,” katanya. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori