• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: MPSP ‘Pujuk’ Pemilik Halang Kenderaan Ditunda

oleh AK-47
09/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tidak mahu kenderaan milik anaknya ditunda penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), seorang lelaki nekad berbaring bawah kereta tersebut di Jalan Dandy, Bukit Mertajam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, lelaki yang berusia 50 an itu cuba menghalang penguat kuasa MPSP daripada menunda kereta jenis Mercedes yang diletakkan di kawasan parkir motosikal di situ.

Media tempatan melaporkan, tayar kenderaan lelaki tersebut dikunci empat anggota penguat kuasa MPSP kira-kira jam 11.30 pagi selepas wisel ditiupkan sebanyak tiga kali sebagai amaran untuk pemilik kenderaan mengubah kereta, namun tiada jawapan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, anggota MPSP mengunci tayar kereta tersebut dan meninggalkan nombor telefon pada cermin.

Menurutnya, selepas satu jam, apabila penguat kuasa MPSP datang semula ke lokasi sama, pemilik kenderaan keluar dari kedainya dalam keadaan marah dan enggan membayar kompaun untuk membuka kunci tayar.

“Disebabkan pemilik kereta tersebut enggan membayar kompaun, penguat kuasa terpaksa menghubungi trak penunda dan menunda kenderaan itu ke MPSP Jalan Betik.

“Lelaki itu kemudian bertindak berbaring di bawah kereta dan enggan keluar walaupun dipujuk penguat kuasa dan polis bantuan,” katanya.

Jelasnya, lelaki tersebut terpaksa ditarik keluar dari bawah kereta dan dibawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, lelaki tersebut mendakwa mempunyai latar belakang politik dan menjerit tidak mahu membayar tiket letak kereta atau denda.

Malah, pemilik kedai nasi kandar itu juga dikatakan sering meletakkan keretanya di tempat letak motosikal dan enggan mendengar nasihat penguat kuasa untuk mengalihkan keretanya.

Lelaki tersebut kini direman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bukit MertajamkeretaMPSPtunda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd