• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bas Ekspres Kurang Ajar Nyaris Sebabkan Kemalangan

oleh AK-47
13/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN aksi berbahaya pemanduan sebuah bas ekspres yang momotong di garisan berkembar sehingga nyaris mengakibatkan kemalangan jalan raya mengundang kecaman hebat netizen di media sosial.

Tindakan tidak bertaggungjawab pemandu bas Dyana Express itu dirakam pada Ahad, jam 11.39 pagi di Jalan Ranau-Telupid, Sabah.

Menerusi video berdurasi 11 saat, bas berkenaan yang membawa kira-kira 40 penumpang hampir menyebabkan perlanggaran dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kereta malang itu terpaksa mengelak sehingga menyebabkannya terbabas sedikit ke bahu jalan bagi mengelak bertembung dengan bas tersebut yang ingin memotong sebuah lori di garisan berkembar.

Reaksi netizen yang menonton rakaman itu sehingga kini mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap cara pemanduan berbahaya pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, seorang individu yang dikenali sebagai Muhammar Ghadafi Abd Mahar, dipercayai pemandu bas tersebut tampil memberikan penjelasannya.

Bas Ekspres Kurang Ajar Nyaris Punca Kemalangan

“Saya pemandunya SD9599H kelmarin dari Kota Kinabalu ke Semporna. Kepada yang suka-suka viral ini, saya nak beritahu bahawa kamu bukan berada dalam bas pada waktu itu. Jangan pandai-pandai komen.

“44 penumpang saya yang berada di dalam bas itu semalam tidak bising. Inikan pula kamu yang hanya melihat gambar.

“Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dengan kereta. Orang yang begini, bagus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dulu, bukan melalui orang lain,” katanya menerusi gambar screenshot yang tersebar di media sosial.

Malangnya, netizen tetap enggan menerima penjelasan pemandu bas itu dan menegaskan adalah satu kesalahan bagi mana-mana kenderaan yang memotong di jalan raya yang mempunyai garisan berkembar.

Tidak setakat itu sahaja, netizen turut menyemak nombor pendaftaraan bas ekspres berkenaan yang mana menunjukkan terdapat 22 saman berjumlah RM6,600 yang masih belum diselesaikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bas ekspresHad LajuJalan Rayakemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd