• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Pagoh Teguh Sokong Parti, Prinsip Kesetiaan

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sokongan anggota UMNO Bahagian Pagoh kepada parti dan kepimpinan masih teguh kerana mereka berpegang kepada konsep kesetiaan seperti yang ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota parti ketika beliau berada dalam parti itu, kata Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Ismail Mohamed.

Justeru itu, katanya, Muhyiddin tidak harus kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajuinya sebagai presiden, kurang mendapat sambutan di Pagoh.

“Kami dibimbing untuk setia kepada parti,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di luar Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata pelbagai gerak kerja yang dilakukan di bahagian itu termasuk bertemu anggota-anggota cawangan UMNO, mengadakan gerakan Jalinan Rakyat Wanita UMNO dan Himpunan Orang Muda, mendapat sambutan.

“Alhamdulillah, semasa kita buat gerak kerja…semua sayangkan UMNO lagi, mereka masih menyokong Barisan Nasional (BN),” kata Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang.

Ismail memangku jawatan Ketua UMNO Pagoh berkuat kuasa serta merta ekoran pemecatan Muhyiddin daripada parti pada 24 Jun 2016.

Muhyiddin, 69, merupakan Anggota Parlimen Pagoh sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Ke-5 pada 1978. Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh sejak 1986.

Ismail, yang dilaporkan bersedia untuk menentang penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu jika diminta berbuat demikian, berkata tindakan itu bagi meneruskan kelangsungan perjuangan UMNO membela nasib rakyat di kawasan itu dan bukannya mahu membalas dendam kepada Muhyiddin.

Menurutnya selepas lebih 20 tahun bersama UMNO Pagoh, beliau berasa bertanggungjawab meneruskan perjuangan parti di kawasan itu selepas ketiadaan Muhyiddin.

“Kata orang, bukan kerana membalas dendam atau suka-suka tetapi untuk kebaikan orang Parlimen Pagoh, yang sebelum ini saya sendiri bersama kawan-kawan memainkan peranan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAU 2016UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd