• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kesal Mahathir Kini Bekerja Untuk DAP!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan melahirkan rasa dukacita ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau sanggup dipergunakan oleh DAP untuk memburuk-burukkan parti politik terbesar kaum Melayu negara ini iaitu UMNO.

Kata beliau, UMNO tidak kisah jika Mahathir hendak berkawan dengan DAP sehingga ke tahap memeluk penasihatnya, Lim Kit Siang gara-gara terlalu kecewa, tetapi beliau tidak sepatutnya mengikut perangai parti chauvinis itu.

“Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh bertelagah dalam hal politik, namun biarlah bersandarkan fakta. Bercakaplah benar walaupun pahit. Mahathir hendak berkawan dengan DAP, hendak peluk Kit Siang pun tak kisah.

“Hari ini kerja-kerja ‘jahat’ yang sering dilakukan DAP bagi merosakkan imej UMNO diambil alih Mahathir. DAP kini sudah boleh duduk diam kerana Mahathir sudah bekerja untuk mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi turut mempersoalkan sama ada Mahathir terlupa bahawa beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri amat anti media asing kerana sering mencari ruang untuk memburuk-burukan kerajaan Malaysia dibawah pentadbirannya.

Kataya, Mahathir mungkin terlupa bagaimana projek mega pelaksanaannya seperti KLCC dan Putrajaya suatu masa dahulu pernah dicanang sebagai satu pembaziran.

Malangnya, kata beliau, Mahathir kini membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas mengenai kerajaan Malaysia bagi memberi peluang kepada media barat untuk melebarkan persepsi buruk terhadap negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri baharu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPMahathir MohamadUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd