• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan ‘Merry Christmas’ Diharuskan – Mufti WP

oleh AK-47
20/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI pandangan daripada ulama dan pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa ucapan Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas diklasifikasikan sebagai haram bagi umat Islam.

Ia adalah berlandaskan hujah bahawa ucapan sedemikian membayangkan penerimaan hari perayaan agama Kristian dengan merujuk kepada tarikh kelahiran Jesus (Nabi Isa) yang kononnya dikatakan sebagai anak tuhan.

Ini termasuklah pendapat daripada ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi yang mengatakan perbuatan mengucapkan ‘selamat’ pada hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam.

Malah pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pernah tegas menyatakan bahawa ucapan perayaan Kristian tersebut adalah haram dengan berkata: “Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.”

Isu yang sering kali menimbulkan polemik dan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim mahupun Muslim itu sendiri ini turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menerusi laman sesawang rasmi pejabat beliau, tokoh tersebut turut memberi pencerahan secara terperinci terhadap isu kontroversi itu susulan topik tersebut menjadi tular di media sosial kebelakangan ini.

Menurut Dr. Zulkifli, ucapan Merry Chrismas atau Selamat Hari Natal adalah diharuskan kerana ia adalah berdasarkan kepada beberapa hujah dan pandangan pelbagai ulama yang telah lama diterima pakai.

Antaranya ucapan yang diberikan itu hanya merupakan simbol perpaduan untuk masyarakat berbilang agama yang hidup harmoni secara majmuk seperti berlaku di negara kita sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, katanya umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa ‘syarat’ seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan, dan tidak membabitkan diri dalam ritual keagamaan yang dilakukan.

Kenyataan Dr. Zulkifli itu turut memetik beberapa rujukan dalil daripada ayat al-Quran, seperti Surah al-Mumtahanah iaitu ayat 8 hingga 9.

Ayat itu antara lainnya menggalakkan umat Islam agar dapat berlaku adil dan saksama kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuhan dengan penganut Islam.

Menurut kenyataan itu lagi, hal ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 pada tahun 2007 yang berbunyi:

“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: krismasKristianMuftiMufti WPKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd