Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Chelsea Kecewakan Sporting Lisbon...

LONDON - Chelsea mengecewakan Sporting Lisbon untuk merebut tempat dalam 16 pasukan terakhir...

SPRM Digesa Siasat Guan...

GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat...

BETUL KE? Gambar Bayi...

ENTAH bagaimana, secara tiba-tiba dua gambar seorang bayi comel dari Afrika Selatan ini menjadi...

Kes Guan Eng: Alasan...

KES rasuah meneri kewangan Lim Guan Eng sudah berlalu. Pendakwaan diarik balik dan...

TV AlHijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

SEBAGAI meraikan festival hasil tani tertua di negara ini, TV AlHijrah akan bersiaran langsung selama empat jam sehari dari tapak festival MAHA di Maeps, Serdang bermula hari ini hingga 11 Disember nanti.

Untuk pertama kali penonton di seluruh negara akan dapat mengikuti pelbagai program khusus mengenai kemeriahan MAHA yang mula dianjurkan sejak 1923.

Program bual bicara Assalamualaikum akan memulakan siaran setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari dengan memaparkan pelbagai maklumat dan aktiviti di tapak MAHA dengan fokus utama mempromosi 1500 hasil keusahawan pelbagai sektor industri asas tani dengan tema Our Food Our Future.

TV AlHijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

Siaran langsung diteruskan lagi pada 12 tengahari hingga 1 petang melalui program promosi produk keusahawan bumiputera Bfrenz. Dijangka hampir 100 produk kompetitif bumiputera dari seluruh negara akan mendapat ruang publisiti melalui enam segmen Assalamualaikum dan enam segmen program BFrenz.

MAHA kali ini dijangka bakal dikunjungi 1.5 juta pengungjung. Kehadiran TV AlHijrah bersiaran langsung diteruskan melalui laporan lintas langsung ketika Berita TV AlHijrah pada pukul 8 malam. Semua ini bagi memboleh lebih 7 juta isi rumah menonton secara lebih dekat pelbagai aktiviti MAHA yang turun dimeriahkan dengan persembahan muzikal Rhytm From The Farmers.

TV AlHijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

Menurut Penerbit BFrenz, Mahyuddin Musa, kehadiran TV AlHijrah bakal mengubah persepsi terhadap MAHA dengan promosi tahun ini khusus untuk mengangkat tema pertanian sebagai kerjaya profesional yang mewakili gaya hidup kerjaya kontemporari.


TV AlHijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

“Pertanian kontemporari bukan lagi berkonsepkan tradisi lapuk, ia kini gaya hidup hipster yang kompetitif dalam konteks pendapatan peribadi dan sumbangan kepada KDNK negara,” katanya.

TV AlHijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

Lebih 80 kru TV AlHijrah berada di tapak MAHA sebagai usaha mengangkat martabat festival pertanian yang dianggap antara yang tertua sejarahnya di rantau ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori