• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pembangunan Di Negara Ini Hanya Cakap Kosong Pembangkang

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hujah pembangkang bahawa tiada langsung pembangunan diusahakan kerajaan sepanjang tujuh tahun beliau menjadi perdana menteri adalah “tidak lebih daripada kata-kata kosong” dan “sengaja buat-buat tidak nampak” .

Sambil menyangkal tuduhan itu, perdana menteri berkata pentadbiran beliau telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan.

“Banyak pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan dalam masa yang hanya tujuh tahun pertama pentadbiran saya, dan memangkinkan ekonomi negara secara berterusan.

“Kepada pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung,” katanya dalam catatan terkini dalam blog rasminya.

Najib turut menyelar sikap pembangkang yang sengaja membandingkan beliau dengan kepimpinan lama.

Kata perdana menteri, antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besar yang telah dilaksana kerajaan di bawah pentadbiran beliau termasuk projek Transit Aliran Massa (MRT), Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, Projek Transit Aliran Ringan 2 dan 3 dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Projek-projek seperti ini penting bagi menjana ekonomi di kawasan sekitar dan merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan bandar,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut membangunkan projek pembangunan Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, serta KL118 yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib berkata, Malaysia berperanan membangunkan projek seperti pembangunan Battersea, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kota London.

“Yang aneh, ada yang kata bangunan-bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina. Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan tersebut sebelum melontarkan tuduhan yang memalukan diri.

“Lihatlah sendiri di internet projek (Battersea) yang mengharumkan nama negara ini,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd