• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetamu Lelaki ‘Kenduri’ Gomol Rakus Pengapit Perempuan

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR satu rakaman video yang tersebar menerusi laman sesawang di China memaparkan seorang pengapit perempuan (bridesmaid) digomol oleh sekumpulan tetamu lelaki.

Tindakan tidak bermoral seumpama itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganya sendiri tentang kesucian perkahwinan tradisional yang diamalkan.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, rakaman itu dipercayai diambil di wilayah Shaanxi berdasarkan dialek yang kedengaran menerusi video tersebut namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Di dalam video yang tersebar, seorang wanita memakai gaun berwarna biru lembut terbaring di atas tilam dikelilingi sekumpulan tujuh lelaki yang bertindak merabanya secara paksa.

Mangsa dilihat bergelut cuba melepaskan diri daripada ‘cengkaman’ lelaki-lelaki itu namun tidak berjaya dan salah seorang daripada mereka dilihat menekup mukanya.

Tetamu Lelaki 'Kenduri' Gomol Rakus Pengapit Perempuan

Selain itu, mangsa juga didakwa telah diraba payudaranya oleh kumpulan lelaki terbabit walaupun dia cuba ‘melindunginya’.

Malah perlakuan agresif kumpulan lelaki itu telah menyebabkan dress yang dipakai wanita itu terselak sehingga menampakkan bahagian pinggul dan alat sulitnya.

Kekejaman itu menjadi bahan lawak para tetamu yang hadir dan mereka tidak berusaha membantu wanita itu tetapi mengambil kesempatan ‘memeriahkan kenduri’ itu dengan merakam aksi tersebut.

Klip video itu dikongsi oleh laman Miaopai pada 19 Disember dan telah ditonton hampir 1.7 juta daripada pengguna Internet.

Seorang netizen membuat naik kapsyen berbunyi: “Happy Zhangjiang: Sangat menjijikkan. Sebuah video memaparkan pengapit perempuan dicabul di majlis kahwin.”

Manakala seorang lagi menulis: “Adakah anda pasti lelaki-lelaki ini bukan zombi yang menyerang rumah?”

Malah tidak kurang juga netizen yang mengutuk tindakan kumpulan lelaki tersebut.

Seorang pengguna mengutuk tetamu lelaki berkata: “Mereka adalah sekumpulan binatang.”

“Mereka tidak pernah melihat wanita sebelum ini?” soal netizen yang lain.

“Perkahwinan seperti ini patut dihapuskan,” tulis seorang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinadigomolmajlis perkahwinanpengapit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd