• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tesco Tawar Barangan Keperluan Menerusi Baucar Syiok

oleh Ahmad Albab
23/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, penerima anugerah Peruncit Paling Dikunjungi Di Malaysia 2016, menawarkan promosi bagi barangan keperluan menerusi baucar Syiok mulai 29 Dis hingga 14 Jan 2017.

Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap dalam satu kenyataan berkata pasar raya besar itu berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli di Malaysia dengan mendengar pandangan dan keperluan mereka serta memahami kesan tekanan ekonomi sekarang ke atas keluarga.

“Kami amat memahami bagaimana semua keluarga berusaha mengatur belanjawan mereka sebaik mungkin, terutamanya semasa membeli keperluan anak-anak kembali bersekolah, seterusnya diikuti dengan sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.

Awal tahun ini, Tesco melancarkan kempen potongan harga jangka panjang menerusi pelaburan besar-besaran berjumlah sehingga RM90 juta.

Kempen ini dilaksanakan dalam tiga fasa yang menumpukan pada produk bayi bagi fasa pertama, barangan keperluan memasak dan penyediaan membuat kek, biskut dan pastri. Baru-baru ini ia diperluaskan pula kepada kategori barangan kesihatan, kecantikan dan aksesori.

Pasar raya besar itu baru-baru ini menerima anugerah daripada KANTAR Worldpanel, pakar global dalam tingkah laku pembeli.

Kajian tersebut dijalankan berdasarkan tingkah laku pembelian seramai 2,500 ahli panel yang mewakili keseluruhan isi rumah penduduk di Semenanjung Malaysia meliputi 126 kategori barang runcit yang tidak termasuk makanan segar, alkohol dan rokok. – BERNAMA

Tags: promositesco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa

Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa

29/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali...

RFID Perlu Lebih Promosi Dan Penjelasan

02/01/2022
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd