• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Pertahan & Kekalkan Nikmat Dikecapi Negara

oleh AK-47
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mahu rakyat terus mempertahan dan mengekalkan nikmat keamanan yang dikecapi negara selain sentiasa bersederhana dalam menjalani kehidupan.

Mengambil contoh tiga perang besar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau berkata umat Islam seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian itu untuk terus hidup bersederhana.

“Umat Islam perlu meneliti ketiga-tiga perang ini, iaitu Badar, Uhud dan Khandak supaya tidak terlalu mengagungkan harta, wanita dan kuasa semata-mata, sekali gus mampu muncul sebagai masyarakat Islam Rahmatul Lil A’lamin.

“Banyak yang boleh dipelajari, diteliti dan diteladani daripada ketiga-tiga perang besar ini. Untuk mengekalkan kesederhanaan ialah disiplin, fokus dan nawaitu,” katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438 Hijrah peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyeru umat Islam untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dengan cara yang sebenar-benarnya dan bukan hanya sekadar hadir majlis himpunan dan seterusnya pulang ke rumah.

“Acara seperti ini sepatutnya mengingatkan kita kepada perjuangan dan sejarah Rasulullah S.A.W. Kita seharusnya mengkaji, menginsafi, meneliti dan menjadikan Rasulullah sebagai contoh.

“Saya harap majlis hari ini tidak menjadi sekadar majlis sembang dan pulang, sebaliknya menjadi sebuah majlis yang memberi manfaat dan keinsafan kepada kita,” katanya.

Pada majlis itu, bekas Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Samsuri@Shamsuri Muhammad Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2016.

Terdahulu, seramai 2,352 peserta daripada 49 kontinjen dari agensi kerajaan, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai perarakan sambil berselawat bermula dari Padang Kota ke Dewan Sri Pinang di sini, sebagai simbolik sambutan Maulidur Rasul. – BERNAMA

Tags: Sejarah Rasulullah S.A.W.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tempat Berteduh Rasulullah Wujud Hingga Kini

05/06/2017
0

POHON Sahabi menjadi 'saksi bisu' pertemuan antara Nabi Muhammad SAW semasa kecil dengan Biarawan Kristian bernama Bahira. Satu pertemuan bersejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd