Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Nadma Hulur Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberikan bantuan kepada keluarga...

Pebble Time Round, Jam...

PEBBLE sebelum ini telah memperkenalkan dua jam tangan pintar melalui kempen yang diadakan di...

VIDEO: Kenangan Nik Aziz...

SEBAK rasanya tatkala menyusuri video lama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Kelindan Maut, Lori Langgar...

KUANTAN - Seorang kelindan lori maut apabila lorinya melanggar sebuah treler di Kilometer...

Tempat Berteduh Rasulullah Wujud Hingga Kini

POHON Sahabi menjadi ‘saksi bisu’ pertemuan antara Nabi Muhammad SAW semasa kecil dengan Biarawan Kristian bernama Bahira.

Satu pertemuan bersejarah kerana Bahira orang pertama yang menyebut bahawa Muhammad yang masih kanak-kanak ketika itu bakal menjadi Rasul Allah.

Catatan ini ditemukan Putera Ghazi bin Muhammad yang mengkaji rujukan teks kuno yang menyebutkan Pohon Sahabi berada di wilayah padang pasir di utara Jordan.

Setelah 1,400 tahun berlalu, pohon rendang ini ditemukan masih hidup dan tetap tumbuh kukuh di tengah panas ganasnya gurun Jordan.

Penemuan semula pohon Sahabi turut disaksikan ulama terkenal, Syeikh Ahmad Hassoun selaku Mufti Besar Syria serta Putera Ghazi.

Setelah diamati, ia menepati ciri-ciri pohon tua yang dicatat Biarawan Bahira.

Kini Pohon tersebut dipelihara secara rasmi sebagai milik negara oleh Kerajaan Jordan.

Tempat Berteduh Rasulullah Wujud Hingga Kini

Kewujudan pohon ini yang merentasi hayat lebih 1,400 tahun memang cukup unik. Apatah lagi secara geografi, suhu panas di gurun ini tidak sesuai untuk pohon Sahabi hidup.

Persekitaran tempat pohon ini hidup bertanah kering dan sangat gersang. Apatah lagi di kawasan itu, pohon Sahabi satu-satunya pohon yang tumbuh subur dengan daun hijau yang rimbun.

Ia satu keajaiban.

Tiga manuskrip kuno yang ditulis Ibn Hisham, Ibn Sa’d al-Baghdadi, dan Muhammad Ibn Jarir al-Tabari menceritakan tentang kisah Bahira yang bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil.

Saat itu Muhammad baru berumur sekitar sembilan atau 12 tahun dan menyertai bapa saudaranya Abu Thalib dalam perjalanan berdagang ke Basra, Syria.


Pada suatu hari, Bahira mendapat firasat, bahawa dirinya akan bertemu seorang Rasul terakhir. Ketika melihat kehadiran kabilah pedagang Arab, Bahira melihat pada seorang kanak-kanak dan parasnya menepati apa yang ditulis dalam kitab.

Jadi, Bahira segera menjemput kabilah Abu Talib untuk jamuan tengah hari. Semuanya hadir kecuali Muhammad. Menyedari Muhammad ditugaskan menjaga unta dan barang dagangan, Bahira keluar mencarinya.

Waktu itu Bahira menyedari tanda-tanda kemuliaan Muhammad. Bahira sangat takjub menyaksikan dahan-dahan pohon Sahabi tunduk melindungi Muhammad dari terik matahari.

Lebih mengagumkan Bahira, di langit segumpal awan sedang memayunginya tempat Muhammad berdiri.

Bahira segera menjemput Muhammad untuk makan. Dia bertanya pelbagai soalan kepada Muhammad. Akhirnya Bahira berkata: “Inilah Utusan Terakhir yang dijelaskan dalam Alkitab.”

Bahira pun meyakinkan Abu Thalib untuk kembali ke Makkah, kerana kaum Yahudi sedang sibuk mencari Muhammad untuk dibunuh.

Itulah sejarah yang terjadi dan pohon Sahabi menjadi saksi. Kini selepas 1400 tahun, pohon masih wujud.

Wallahuaklam.

#LaskarMalaya

Kategori