• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Smart Dikagumi Dunia

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas Menara Berkembar Petronas (KLCC), Malaysia mempunyai satu lagi projek ikonik iaitu Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang dikagumi dan mendapat perhatian dunia.

Ia berjaya tersenarai sebagai antara 10 terowong hebat di dunia oleh CNN.

Terowong Smart tersenarai bersama kejuruteraan hebat lain termasuk Terowong Gotthard Base di Switzerland, Terowong Channel, Terowong Laerdal (Norway), Tokyo Bay Aqua-Line (Jepun) dan Terowong Eisenhower di Amerika Syarikat.

Terowong besar yang lain yang turut disebut ialah Terowong Spiralen (Norway), Terowong Guoliang dan Terowong Bund Sightseeing (China) dan Terowong Seikan di Jepun.

Memetik kenyataan Alun Thomas, ketua perundingan kejuruteraan terowong Ramboll, artikel yang disiarkan di laman web CNN cnn.com menjelaskan peranan dan fungsi Smart.

“Smart menggabungkan jalan raya dan sistem pengurusan air banjir. Ia boleh menampung air banjir dan kembali menjadi jalan raya dalam masa beberapa jam,” jelas beliau.

Terowong sepanjang 9.7 km ini merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia dibina untuk menangani masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.

Sebagai terowong lencongan air ketika banjir kilat melanda ibu negara, ia mampu menampung sehingga tiga juta meter padu air dengan mengalihkan air dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong. – mStar Online

Tags: rekod duniaTerowong SMART
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terowong SMART Rekod 22 Jam Lencong 5 Juta Meter Padu Air

21/12/2021
0

PETALING JAYA – Terowong Lebuh Raya SMART mencatatkan rekod tersendiri apabila diaktifkan selama 22 jam bagi melencongkan air Sungai Klang...

Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Bonnie

23/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd