• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Bonnie

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin atas pencapaian cemerlangnya memecahkan rekod dunia acara powerlifting.

Menurut catatan dalam Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan atlet berusia 22 tahun itu yang melakar sejarah baharu buat sukan angkat berat (powerlifting) negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kelmarin, atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu memecahkan rekod dunia dengan angkatan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72kg untuk merangkul pingat emas, menewaskan atlet China, Peng Yu (214 kg) dan atlet Nigeria, Nnamdi Innocent (213kg)

Menurut catatan itu, kejayaan Bonnie memecahkan rekod yang selama ini dipegang oleh atlet Iran, Roohallah Rostami, amat bermakna buat Malaysia dan menjadi suntikan semangat kepada atlet tersebut untuk meneruskan buruan pingat pada kejohanan akan datang.

“Pencapaian cemerlangnya sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” demikian menurut hantaran itu.

Kejayaan itu juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.

Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar kejayaan dan semangat perjuangan Bonnie menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para atlet, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.

“Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Bonnie dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta sekali lagi memahat sejarah dan mengharumkan nama di kejohanan-kejohanan mendatang.

“Syabas dan tahniah,” menurut catatan itu lagi. – BERNAMA

Tags: bonnie bunyau gustinpowerliftingrekod duniaYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Guru

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Guru

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd