• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Kursus Asas Imigresen Dilanjutkan Kepada 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tempoh Kursus Asas Imigresen akan dilanjutkan daripada 42 hari kepada enam bulan mulai tahun hadapan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata tempoh yang ada ketika ini dilihat tidak memadai untuk membentuk dan menjana kesempurnaan dan kesiapsiagaan para pegawai imigresen.

“Para kadet akan berkursus selama tiga bulan dalam pelbagai aspek disiplin ilmu, khususnya berkaitan perundangan, keimigresenan, fungsi teras, pengurusan dan disiplin.

“Setelah tiga bulan berkursus, para kadet akan ditempatkan selama dua bulan di bidang kerja lapangan yang sebenarnya dan setelah menjalani proses berkhidmat secara amali dan praktikal, mereka akan kembali ke Akademi Imigresen di sini selama satu bulan untuk proses penilaian semula dan pengukuhan serta persiapan untuk menamatkan kursus,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 3 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), di sini.

Seramai 218 peserta menamatkan kursus asas itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Imigresen masih menyiasat kes-kes majikan yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

“Penyiasatan kes rumit seperti ini melibatkan bantuan undang-undang bersama seperti memerlukan Jabatan Peguam Negara. Kita masih dalam proses penyiasatan.

“Apabila timbalan pendakwa raya atau penasihat undang-undang memaklumkan terdapat kes yang boleh didakwa untuk disita dan sebagainya, kita akan bertindak selepas ini,” katanya.

Pada 30 Sept lepas, Mustafar dilapor sebagai berkata jabatan itu akan memastikan tindakan membekukan aset majikan yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin bermula Oktober lepas, dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Undang undang itu adalah selaras dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 mengikut seksyen 56 (1), yang sudah lama wujud tetapi tidak dilaksanakan sebelum ini.

Beliau memberi jaminan pegawai-pegawai jabatan itu akan dipersiapkan untuk melaksanakan penguatkuasaan dan siasatan membabitkan tindakan mengikut akta-akta sedia ada. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliImigresen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bot Nelayan Vietnam Ditahan Di Zon Ekonomi Eksklusif

Next Post

‘Terima Kasih Bazirkan RM3,200 Subsidi Perubatan’

Related Posts

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU - Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh...

Next Post

'Terima Kasih Bazirkan RM3,200 Subsidi Perubatan'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd