• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkis ‘Peluru Berpandu Politik’ Menjelang PRU14

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tangkas menangkis ‘peluru berpandu politik’ yang dilancarkan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semakin banyak fitnah dilemparkan bagaikan ‘peluru berpandu’ yang ditembak dari dekat dan jauh terhadap kerajaan dan BN serta individu dalam kepimpinan BN.

“Dalam keadaan demikian, kepimpinan dalam parti komponen BN, parti-parti yang bersahabat dengan BN serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah menghadapi semua fitnah itu dan bukannya hanya berdiam diri,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Ke-24 di sini, hari ini.

Katanya keakraban dalam kalangan kepimpinan dan parti-parti komponen BN mampu menangkis tembakan peluru politik.

Sebagai contoh, katanya, tohmahan kononnya kerajaan membawa masuk 700,000 pekerja asing ke negara untuk diberi taraf kewarganegaraan, adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kita perlu tolak apa yang dibalingkan mereka. Keakraban yang terjalin antara pemimpin adalah asas untuk menongkah tohmahan yang datang kepada kita.

“Saya yakin masyarakat tidak mudah percaya tohmahan yang dilemparkan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyeru semua pemimpin parti politik dan NGO yang mewakili masyarakat India supaya tampil berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dirinya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun, banyak lagi yang perlu dilakukan termasuk tentang pendidikan dan sosioekonomi demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

“Perdana menteri ikhlas membantu masyarakat India mengatasi semua masalah ini. Saya juga komited untuk membantu beliau (berbuat demikian),” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid meminta IPF supaya terus membantu BN mendapatkan sokongan masyarakat India dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd