Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Kerap Buat...

KUALA LUMPUR : Dua bekas pegawai kanan di pejabat Timbalan Perdana Menteri memberitahu...

35 Pemain Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Seramai 29 pemain Perlis telah membuat aduan kepada Persatuan Bola...

Aizat Tak Setuju Kenyataan...

PENYANYI muda, Aizat Amdan menganggap kenyataan yang dibuat oleh Abam Bocey di majlis...

Pilihan Raya Umum Thai...

Bangkok - Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam sekali lagi menegaskan pilihan raya...

Takut Gemuk, Pengantin Suruh Pasangan Pakai Gaunnya

SEPASANG pengantin dari China membuatkan tetamu di majlis bersejarah mereka tergelak besar apabila muncul dengan pakaian berlawanan jantina.

Menurut sebuah portal, kejadian itu berpunca daripada pengantin perempuan, Ou Qian yang tidak mahu memakai busana pengantinnya kerana mendakwa dia akan kelihatan gemuk apabila mengenakan gaun berwarna putih itu lalu meminta pasangannya memakai gaun tersebut.

Disebabkan cinta terhadap bakal wanita yang dinikahinya, Wu Shuai rela menyarung busana itu sementara itu Qian pula memakai tuksedo dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di daerah Shunqing, Nanchong.

Takut Gemuk, Pengantin Wanita Suruh Pasangan Pakai Gaunnya

Takut Gemuk, Pengantin Wanita Suruh Pasangan Pakai Gaunnya

“Dia fikir dia terlalu montel dan tidak akan kelihatan cantik dalam gaun perkahwinan itu. Jadi dia mencadangkan saya memakai pakaiannya manakala dia pula memakai pakaian saya,” jelas Shuai ketika ditemubual.

Menerusi foto-foto yang tersebar, Qian kelihatan ‘segak’ memakai tuksedo berwarna hitam dipadankan dengan cermin mata hitam dan rambutnya pula diikat keatas untuk kelihatan lebih maskulin berjalan masuk ke ruang persandingan itu bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga kerana ayahnya telah meninggal dunia.


Para tetamu mula ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Shuai muncul dengan gaun berwarna putih lengkap dengan veil di atas kepalanya.

Tindakan Shuai yang sanggup mengayakan gaun pengantin itu mengejutkan rakannya.

Pasangan ini bertemu pada tahun 2011 yang mana Qian pada ketika itu hanya mempunyai berat 88 lbs (40kg) manakala Shuai pula hanyalah seorang lelaki yang kurus. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori