• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Muhammad V Tunai Solat Jumaat Di Masjid Negara

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V yang baharu melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Selasa lalu, hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Ia diimamkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bertindak sebagai khatib.

Turut menyertai Sultan Muhammad V menunaikan solat di situ ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kira-kira 10,000 jemaah yang lain.

Ketika menyampaikan khutbah khas bertajuk ‘Yang di-Pertuan Agong: Tonggak Kedaulatan Islam’, Asyraf Wajdi berkata institusi raja di negara ini mendapat tempat istimewa dalam strata masyarakat kerana ia menjadi tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyat.

Raja, katanya, diumpamakan sebagai ‘pohon’ yang memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan mereka.

“Rakyat pula disamakan dengan ‘akar’ yang bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada raja dan tidak sesekali menderhaka selama mana mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata keunikan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah di negara ini.

Malah, menurutnya, struktur kepimpinan negara dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik daripada sesetengah negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya huru-hara.

“Raja berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Dalam khutbahnya, Asyraf Wajdi turut melahirkan keyakinan terhadap pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan sebagai Ketua Negara dan agama untuk terus memperjuang kedaulatan agama Islam.

Institusi raja juga, kata Asyraf Wajdi, adalah sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan serta memberikan kecintaan dan taat setia.

“Marilah kita bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi raja berperlembagaan serta memainkan peranan dalam agenda perpaduan.

“Tanamkanlah di dalam jiwa kita rasa tanggungjawab untuk memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara.

“Marilah kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada baginda sepanjang takhta pemerintahan. Semoga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan,” katanya.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin lalu. – BERNAMA

Tags: Sultan Muhammad VYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd