• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Lebih 3 Kes Berprofil Tinggi Di Kelantan

oleh
10/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang menyiasat lebih tiga kes rasuah berprofil tinggi di negeri ini yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarahnya Datuk Moh Samsudin Yusof berkata siasatan yang masih di peringkat awal itu melibatkan organisasi, individu dan pegawai kanan kerajaan.

“Kes itu membabitkan kesalahan mengganggu hasil kerajaan, merencatkan hasil kerajaan, merugikan kerajaan dan pembangunan yang tidak mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri 2016 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis berkenaan.

Moh Samsudin meminta mereka yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

Beliau juga berkata sejak Januari hingga semalam, pihaknya telah membuka 31 kertas siasatan berhubung aduan kes rasuah oleh pelbagai pihak di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 kes sudah selasai siasatan manakala baki 12 kes lagi belum disiasat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menggunakan seni budaya negeri ini seperti dikir barat dan wayang kulit, bagi menyampaikan mesej berkaitan kempen kesedaran anti rasuah kepada masyarakat.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan individu melaporkan kegiatan rasuah supaya tindakan segera dapat diambil. – BERNAMA

Tags: KelantanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd