• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SM Salim Pupuk Semangat Kasih Sayang, Patriotik Menerusi Lagu

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda Allahyarham Tan Sri SM Salim memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui lagu-lagu yang dinyanyikannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata pemergian Allahyarham ibarat hilangnya sebutir permata dalam dunia seni muzik tanah air yang turut dirasai seluruh lapisan masyarakat, daripada yang lahir sebelum negara merdeka hinggalah ke hari ini.

“Jasa yang disumbangkan Allahyarham tidak sekadar diukur daripada indahnya lagu-lagu yang dicipta, digubah dan dinyanyikannya bahkan turut dinilai daripada semangat kasih sayang, kebangsaan, perpaduan dan patriotik yang dipupuk melalui lagu-lagunya itu di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini,” katanya.

Biduan Negara yang terkenal dengan dendangan lagu Melayu klasik dan berirama tradisional itu meninggal dunia pada usia 88 tahun kerana sakit tua di sini hari ini.

“Saya rasa amat sukar bagi kita untuk menemui atau mencari ganti seorang tokoh lagenda seni muzik tanah air yang sungguh berkaliber, berdisiplin, istimewa dan dihormati ramai seperti Tan Sri SM Salim,” kata Salleh.

Salleh seterusnya berkata jasa Allahyarham yang sanggup ke Congo untuk menghiburkan pasukan tentera negara yang berkhidmat menjaga keamanan di bawahpanji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1960-an tidak akan dilupakan.

“Saya turut bangga Allahyarham memulakan kariernya sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaya pada 1950-an sehingga menjadi petugas tetap RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta pernah menjadi Ketua FM Radio Malaysia sebelum mencipta nama sebagai penyanyi tersohor negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri SM Salim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Penyanyi Legenda SM Salim Selamat Dikebumikan

01/01/2017
0

KUALA LUMPUR -Jenazah penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Tan Sri SM Salim, 88, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan...

Amanat Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim

01/01/2017
0

KELUARGA Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd