• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanat Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.

Anak Allahyarham, Sheikh Shamsul berkata, ia sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan seniman itu ketika hayatnya supaya lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

“Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

“(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum,” katanya.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang Khamis (semalam) kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, selepas solat Jumaat.

Jenazah dijangka disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada 10.30 pagi esok.

Allahyarham memulakan karier sebagai penyanyi pada 1950-an dan adalah pendukung gigih lagu Melayu klasik. – BERNAMA

Tags: penyanyiTan Sri SM Salim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd