• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Kaji Kaedah Tangani Ketagihan Internet

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah untuk menangani masalah ketagihan Internet di peringkat awalan.

Sebuah pusat pemulihan siber sedang dipertimbangkan untuk berurusan dengan isu berkaitan Internet, kata Pengarah Kanan Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar.

“Kertas cadangan ini sedang dikaji. Kami perlu membangunkan rangka kerja sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya sambil menambah pusat seumpama itu mengkaji bagaimana impak teknologi kepada kesihatan mental dan fizikal manusia.

Menjadikan Singapura sebagai contoh di mana pusat pemulihan siber dikaji dengan baik dan diajar di sekolah, beliau berkata Malaysia boleh berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang serupa.

“Pusat itu perlu mengekalkan penyelidikannya sendiri dan menjadi pusat sumber kepada orang ramai. Mudah-mudahan ia boleh menjadi satu usaha kerjasama dengan kementerian yang teribat dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, The Star melaporkan kekerapan penggunaan Internet boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan sosial, kesedihan, kebosanan dan kurang keyakinan diri.

Penyelidik turut menyatakan kebimbangan mengenai kadar peningkatan di kalangan remaja Malaysia dalam menggunakan Internet.

Timbalan Presiden, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Datuk Dr. Andrew Mohanraj berkata perasaan malu dan rasa kurang selesa dalam situasi sosial di kalangan kanak-kanak disebabkan kesan daripada ketagihan Internet.

Mereka melihatnya sebagai wadah untuk difahami, katanya.

Salah seorang pesakitnya yang berusia 14 tahun mengalami masalah ketagihan kepada Internet yang serius.

Berpunca daripada masalah ketagihan dengan rangkaian sosial dan permainan video, pelajar itu akhirnya bertindak membunuh diri sebelum sempat mendapatkan rawatan.

Dr. Andrew turut menegaskan ketagihan Internet semakin meningkat.

Beliau berkata kanak-kanak sepatutnya hidup selesa di dunia sebenar tetapi jika ibu bapa kerap melayari Internet, mereka sendiri menggalakkan kelakuan tidak sihat dalam diri anak-anak mereka. – mStar Online

Tags: internetSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd