• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) akan tetap dirawat dan tidak akan diabaikan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

“Kementerian akan memastikan bahawa doktor pakar di hospital kerajaan akan melaksanakan tugasan mereka merawat pesakit biasa yang tidak mampu membayar sebelum merawat pesakit yang mengambil skim ini.

“Oleh itu, tidak wujud istilah pengabaian terhadap pesakit yang tidak mampu membuat pembayaran kerana doktor perlu mengutamakan tugas hakiki mereka,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kemungkinan berlaku pengabaian terhadap pesakit biasa di hospital kerajaan yang tidak mampu membayar berikutan pelaksanaan skim PPBP yang akan diperluaskan di lapan buah hospital kerajaan Januari depan.

Ketika ini, skim PPBP tersebut hanya diamalkan di Hospital Selayang dan di Hospital Putrajaya dan akan diperluaskan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh, Ipoh, Kuala Lumpur, Klang dan Seremban.

Dr Hilmi turut memberi jaminan bahawa kualiti rawatan kesihatan pesakit di hospital kerajaan tidak akan terjejas walaupun dengan pelaksanaan skim tersebut.

Jelasnya, melalui skim itu, doktor pakar di hospital kerajaan juga mempunyai had tertentu dalam mengendalikan rawatan kepada pesakit dengan jumlah tidak boleh melebihi separuh daripada rawatan kepada pesakit biasa yang tidak mampu membayar.

Menurutnya lagi, pelaksanaan skim itu juga dapat mengelakkan penghijrahan doktor pakar di hospital kerajaan ke hospital swasta yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

“Dengan skim ini kita memberi peluang kepada mereka (doktor pakar di hospital kerajaan) untuk mendapat tambahan pendapatan yang hampir sama jika mereka berkhidmat di hospital swasta.

“Ini juga bagi mengatasi masalah peletakan jawatan doktor pakar di hospital kerajaan kerana dilaporkan setiap tahun hampir 150 doktor pakar yang meletak jawatan dan hanya 400 kemasukan doktor baharu. Jadi yang kekal tidak banyak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahayapesakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setengah Jam Bergelut, RM15K Terselamat Disamun

Next Post

MKN Sabah Hantar Balik 4,169 Pati Ke Negara Asal

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

Next Post

MKN Sabah Hantar Balik 4,169 Pati Ke Negara Asal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd