• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepasang Kekasih Ditahan Dipercayai Miliki Syabu

oleh
18/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Polis menahan sepasang kekasih dan merampas dadah dipercayai syabu di sebuah rumah di Jalan Sungai Siput, Kota Kecil di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata penahanan dilakukan kira-kira 5.10 petang selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan dadah tersebut.

“Lelaki berusia 30 tahun dan wanita berusia 33 tahun terbabit sedang berehat di sebuah bilik di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

“Pemeriksaan seterusnya di bilik itu menemui dua paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu seberat 3.7 gram dianggarkan bernilai RM700 yang disimpan di dalam beg kecil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rahmat berkata kedua-dua suspek yang sudah bertunang dan tidak bekerja itu didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Beliau berkata kedua-duanya kini direman sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Dalam perkembangan lain, Rahmat berkata pihaknya turut menahan dua lelaki dan menemui dadah dipercayai syabu serta heroin seberat 2.7 gram di sebuah rumah di Lorong Mulia, Bandar Penawar, di sini, Khamis lepas.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang di bawah pengaruh dadah itu ditahan kira-kira 10.30 malam, di dalam bilik tidur di bahagian dapur rumah berkenaan selepas polis menerima aduan orang awam.

“Syabu dan heroin tersebut ditemui di atas lantai bilik berkenaan,” katanya bahawa pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut tidak bekerja dan positif dadah jenis morfin.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 36 dan 37 tahun itu kini direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadahSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd