• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebuah Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Dungun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat yang berlarutan sejak malam tadi, menyebabkan 20 orang daripada lima keluarga di Kampung Cacar Baru dekat Paka, Dungun terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya kampung berkenaan pada 11.30 pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Rusmi Mahmood berkata ia pusat pemindahan pertama dibuka di daerah Dungun, sejak musim tengkujuh melanda kali ini.

“Mangsa ialah enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing lima lelaki dewasa dan perempuan dewasa.

“Kesemua mereka diberi bantuan awal makanan dan barangan keperluan asas untuk kegunaan sepanjang berada di situ,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata rumah lima keluarga tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat dalam tempoh agak lama.

Katanya jumlah air hujan yang banyak bertakung di kawasan berkenaan dan memasuki rumah mangsa, menyebabkan kesemua mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan atas faktor keselamatan. – BERNAMA 

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd