• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Warga Emas, Penganggur Dipenjara 3 Tahun

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merompak warga emas dan mencederakannya, minggu lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap K. Bala Murugan selepas dia mengaku bersalah merompak sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM100 serta mendatangkan cedera terhadap peniaga, Pang Sin Sal, 65.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Nombor 35, Jalan 26/10, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, pada 5.15 pagi, 15 Dis lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman sebulan ke atas Bala Murugan kerana gagal menunjukkan kad pengenalan diri atau dokumen pengenalan sementara kepada anggota polis di Jalan 3/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, pada 6 pagi, tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 15 Dis lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memohon hukuman setimpal atas alasan mangsa mengalami kecederaan ketika rompakan berlaku, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. – BERNAMA

Tags: Penganggurrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd