• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan Besar Dalam FAS – Azmin Ali

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan menjalani rombakan besar untuk memastikan persatuan itu diterajui oleh individu yang berkelayakan dan berwibawa yang boleh mengembalikan kecemerlangan kepada pasukan itu.

Presiden FAS Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah atas nasihat baginda dan memberi jaminan beliau akan mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan kecemerlangan bola sepak di Selangor dipelihara dan seterusnya membawa kejayaan ke tahap lebih besar.

“Saya mengambil perhatian terhadap cadangan bahawa saya, sebagai Presiden FAS, perlu memperkenalkan “barisan baharu yang bebas daripada politik, berdasarkan merit, penuh bertenaga dan mampu mencapai kejayaan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Sesungguhnya, saya sekali lagi ingin menegaskan bahaswa apa yang penting ialah rekod dan sejarah gemilang skuad Red Giants yang tidak perlu dikorbankan kerana tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab,” kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Mengenai persoalan pembiayaan negeri, beliau berkata FAS perlu mempunyai pendekatan pemasaran yang komprehensif bagi membolehkan persatuan itu menjana pendapatan yang mampan untuk masa depan dan tidak perlu lagi bergantung dana daripada kerajaan negeri.

Gabungan Kelab Penyokong Selangor diketuai oleh Presidennya, Mohd Faizal Wahid, semalam menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lain memohon perkenan baginda campurtangan dalam kemelut yang melanda pengurusan FAS.

Semalam, Tengku Amir Shah melalui laman Instagram baginda menyarankan supaya FAS menjalani rombakan besar membabitkan struktur keseluruhan organisasi dan juga perlembagaan persatuan bagi memastikan ia relevan dengan perkembangan semasa.- BERNAMA

Tags: Azmin AliFAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

10/07/2023
0

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Singapura...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd