• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Terlibat Kes Pecah Rumah, Tadika Ditahan

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana terlibat dalam kes pecah rumah termasuk beberapa tadika di sekitar kawasan Kubang Semang dan Bukit Indera Muda, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan remaja yang sudah tidak bersekolah itu di Jalan Kubang Semang kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

“Siasatan mendapati dia bersama sepupunya berusia 18 tahun yang ditahan polis baru-baru ini, terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan tadika.

“Ini termasuk yang terbaharu di mana pemilik tadika di Bukit Indera Muda kerugian ribuan ringgit selepas premisnya dirompak.

“Sepupu remaja itu kini menjalani hukuman penjara berhubung kes dadah,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi mereka adalah mengenal pasti rumah yang tiada penghuni sebelum mengumpil tingkap belakang dan masuk mencuri barangan berharga.

Nik Ros Azhan berkata susulan penahanan remaja itu, polis merampas pelbagai barangan antaranya pelbagai jenis beg, sebuah mesin rumput dan alat gerudi dipercayai hasil curi di sebuah rumah di Bukit Indera Muda.

Katanya polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai ‘pali kopiak’ berusia lingkungan 20-an yang merupakan pembeli barang-barang hasil pecah rumah dua remaja tersebut.

Siasatan mendapati selain terlibat dalam kegiatan pecah rumah dua remaja lelaki itu turut aktif dalam kegiatan samun di daerah SPT sejak tahun lepas, katanya.

Beliau berkata remaja lelaki itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelabur asing mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia, tetapi malangnya terdapat rakyat Malaysia membenci Perdana Menteri, Datuk...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd