Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Gersang, Onani...

PERLAKUAN tidak senonoh dan keji seorang pemandu teksi melampiaskan nafsu di dalam kenderaan...

Lelaki Dipenjara 12 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi...

Digantung Sebab Bawa Anak,...

KUALA LUMPUR - Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat pada masa ini untuk menambah...

Stok Minyak Sawit Naik...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.26 peratus kepada 2.214 juta...

Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat

KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.

Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.

Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.

Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.

Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.

Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.


Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.

Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.

Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori