• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Bekalan Banjir TUDM Akan Diaktifkan Sekiranya Teruk

oleh
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dekat sini akan diaktifkan sekiranya berlaku banjir teruk.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata kesemua aset kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“Kami (Kementerian Pertahanan) bersedia tiap-tiap tahun di semua peringkat (untuk hadapi banjir), jika keadaan banjir teruk kita akan bertindak,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Flag-Off acara ‘Warriors Challenge 2016’ di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan Kementerian Pertahanan bagi menghadapi banjir terutama di pantai timur tahun ini.

Bah kuning pada Disember 2014 mengakibatkan lebih 150,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat penempatan banjir di seluruh Kelantan.

Susulan itu, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengaktifkan Pangkalan TUDM, Subang sebagai Pusat Pengumpulan Pembekalan Makanan mangsa banjir, yang beroperasi 24 jam pada 26 Disember 2014.

Selasa lepas, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata dua pesawat pengangkut Airbus A400M akan digunakan untuk membantu operasi ketika banjir menerusi Op Murni, khususnya di pantai timur.

Menurut Roslan, selain A400M, aset lain yang akan digerakkan ialah helikopter EC725, helikopter jenis Nuri dan pesawat C130 Hercules.

Mengenai kutipan Tabung Hari Pahlawan, beliau berkata sasaran RM5 juta kutipan pada tahun ini mampu dicapai selepas jumlah kutipan yang dikutip setakat ini sebanyak RM2.6 juta sejak dimulakan 31 Julai lalu.

“Pelbagai kempen dibuat dan kutipan masih lagi berjalan, apabila kutipan tamat pada 31 Disember ini saya yakin sasaran itu dapat dicapai.

“Dana tabung ini digunakan untuk membantu veteran selain mereka (veteran) menerima sumbangan dan bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Acara ‘Warriors Challenge 2016’ yang dianjurkan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia itu merupakan sebahagian daripada promosi Kempen Tabung Hari Pahlawan.

Acara meliputi perlumbaan larian berhalangan sejauh lapan kilometer itu disertai oleh 500 peserta termasuk pengamal media. – BERNAMA

Tags: BanjirTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd