• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Janji Corak Permainan Menarik Musim 2017

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang menjanjikan tahap kecergasan, disiplin serta tempo permainan lebih menarik bagi saingan Liga Malaysia 2017 bermula Januari ini.

Pengurusnya Zairil Khir Johari berkata ketua jurulatih yang baharu dilantik Ashley Westwood sedang giat mempersiapkan pasukan dengan mewujudkan pusat latihan bersepadu yang belum pernah ada sebelum ini.

“Pusat latihan bersepadu di Stadium Bandaraya itu mempunyai program holistik merangkumi aspek pemakanan seperti diet dan menu pemain yang dititikberatkan.

“Selain pembaharuan itu, khidmat fisioterapi serta program latihan di dalam dan luar padang juga diberi nafas baru,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pendekatan yang diambil jurulatih adalah menggabungkan aspek sains dan sukan.

“Kesedaran pemain mengenai sains sukan amat penting dan ia membantu mereka untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang maksima,” kata Zairil.

Persediaan Westwood untuk musim 2017 dilihat lebih menumpukan kepada pembangunan pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bersama skuad Harimau Kumbang itu.

Mereka adalah Muhd Jafri Firdaus Chew, Syamer Kutty Abba, Redzuan Suhaidi, Abdul Qayyum, Faizat Ghazali, Kumaahran Sathasivam, dan Zulkhairi Zulkifli.

Ia memberi bayangan awal bahawa kesebelasan utama pasukan itu nanti bakal dibarisi pemain muda dan tidak tertumpu dengan kehadiran pemain berstatus bintang.

Zairil turut mengakui peruntukan untuk Pulau Pinang musim depan tidak sebesar beberapa pasukan lain yang dilihat berbelanja besar.

“Kami tidak memberi jaminan untuk menang setiap perlawanan, tetapi apa yang boleh saya pastikan ialah mutu permainan yang menarik dan pengurusan pasukan yang baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: bola sepakLiga MalaysiaZairil Khir Johari
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd