• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: UMNO Kelantan Tumpu 3 Parlimen ‘Kelabu’

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – UMNO Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen ‘kelabu’ di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tiga Parlimen itu ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dengan UMNO tewas kurang daripada 1,000 undi di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

“Saya dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan) serta Ketua UMNO bahagian akan mengadakan program jelajah kecil ke setiap peti undi di ketiga-tiga Parlimen itu.

“Dalam jelajah itu, kami akan melihat perancangan dan persiapan yang dilakukan oleh anggota jawatankuasa peti undi di ketiga-tiga Parlimen tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Parlimen Jeli di sini, hari ini.

Menurutnya program jelajah kecil itu merupakan sebahagian daripada Program Gelombang Merah yang dilancarkan oleh UMNO Kelantan bagi menawan kembali negeri ini daripada PAS pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata pihaknya juga akan mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13.

Beliau berkata lima kerusi berkenaan ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Ketereh.

“Selain itu, BN akan berusaha untuk meningkatkan jumlah undi di kelima-lima Parlimen terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd