• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sibu Berkas Lelaki Miliki Senjata Api Tanpa Permit

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis memberkas seorang lelaki berusia 38 tahun di sebuah rumah di Lorong Tebu 1A3, Sungai Merah dekat sini Isnin lepas kerana memiliki senjata api tanpa permit yang sah.

Serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh ASP Mohd Irwan Hafiz Radzi pada lebih kurang 3.20 petang itu menemukan selaras senapang patah jenis Baretta.

Turut dijumpai ialah 203 kelonsong peluru senapang patah, 94 peluru hidup senapang patah, 12 butir peluru yang telah diubahsuai, dua pengadang tangan, tiga buntut senapang, pelbagai jenis komponen senapang patah, tiga set pencetak nombor siri, penunjuk laser, sebilah parang panjang bersarung dan sebuah motosikal Yamaha 135 LC bernombor plat palsu yang dilaporkan dicuri pada April lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, senapang patah itu didapati dimiliki oleh bapa suspek dan mempunyai permit yang sah namun bapa suspek tidak tinggal di rumah terbabit.

“Suspek gagal memberikan keterangan mengenai kelongsong peluru yang dijumpai di halaman rumah yang juga milik bapanya itu,” kata Saiful kepada pemberita di Balai Polis Sentral Sibu hari ini.

Menurut Saiful, permit senapang patah tersebut adalah untuk menjaga tanaman pertanian dan hanya 10 butir peluru sahaja dibenarkan untuk disimpan pemilik atau pemegang permit pada satu-satu masa.

Mengenai komponen senjata api dan peluru yang telah diubah suai itu, beliau berkata saspek mengaku cuba untuk membuat senjata api dan peluru.

“Suspek mengatakan dia mempunyai minat yang mendalam terhadap senjata api sehingga sanggup membuat senjata api,” katanya sambil menambah rumah suspek dijadikan seperti bengkel kecil bagi membuat senjata sendiri.

Pihaknya akan menyiasat kes ini dengan mendalam bagi memastikan sama ada ianya mempunyai kaitan dengan laporan kes kehilangan senapang patah sebelum ini dan untuk mengesahkan bahawa tiada pengubahsuaian dibuat terhadap komponen atau nombor siri senapang patah yang sah itu.

Selain disiasat di bawah Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960, lelaki yang didapati positif dadah jenis amphetamine itu, dia akan disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki motosikal curi.

Suspek ditahan reman dua hari sehingga esok. – BERNAMA

Tags: polissenjata api
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd