• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Individu Kes Lelaki Dipukul Di Pulau Pinang

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan insiden seorang lelaki cedera dipukul kerana dikatakan menghina ahli perniagaan yang mati ditembak Khamis lalu di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata berdasarkan klip video yang tersebar di laman sosial, lebih daripada seorang terlibat dalam insiden itu.

“Semestinya akan ada lagi tangkapan yang akan dilakukan kerana kumpulan terbabit sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pasukan Simpanan Persekutuan ke-61 di Cheras di sini hari ini.

Noor Rashid berkata pihaknya akan menyiasat insiden pukul yang dilaporkan berlaku pada Jumaat itu secara menyeluruh, termasuk elemen gangsterisme.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah sebelum ini berkata mangsa berusia 47 tahun itu mengalami kecederaan lebam, bengkak dan luka di mata kanan, pipi, hidung, bahagian belakang badan serta kedua-dua belah tangan.

Dalam kejadian 7.15 malam pada Khamis, tiga lelaki termasuk ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwong maut manakala lima yang lain cedera akibat ditembak seorang lelaki yang dilapor mempunyai masalah mental. – BERNAMA

Tags: belasahkematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd